itmetro

'Video chat' 4 kawan sekaligus

Oleh Afiq Hanif

CIRI baru diperkenalkan WhatsApp iaitu sembang video berkumpulan atau ‘Group Video Chat’ boleh digunakan pengguna di negara ini.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi terbabit bagi iOS atau Android.

Setiap Group Video Chat boleh membatitkan maksimum empat individu dan hanya pemanggil pertama sahaja boleh menambah tiga lagi individu lain dalam panggilan video itu.

Bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh dilakukan untuk kumpulan saja.

Pengguna perlu membuka grup yang ada kemudian lihat senarai ahli dan tekan butang ‘video call.’

Sebaik panggilan video pertama berjaya, anda boleh menambah lagi individu lain.

Disiarkan pada: July 27, 2018 @ 7:16pm
d