itmetro

Segarkan kembali PC

Oleh Afiq Hanif

Masalah dan punca fail berserpihan atau pecah di dalam cakera keras boleh menjejaskan prestasi sistem.

Mengapa perlu menghapuskan serpihan atau pecahan fail menggunakan aplikasi Defrag? Maklumat atau fail sukar dapat disimpan dalam satu kumpulan dan ia bersepah di merata bahagian cakera keras dalam pada sistem mewujud atau membuang fail tugasan. Aplikasi ini mengumpul semula data yang bersepah dan menyimpannya di dalam satu kumpulan. Pelaksanaan berjadual Disk

Defragmenter dapat memastikan Windows 10 beroperasi pada tahap maksimum.

Sebagai rujukan am, melaksanakannya sebulan sekali ialah kekerapan yang baik untuk dimulakan. Bagaimanapun ia bergantung kepada jenis tugasan dan kekerapan penggunaan oleh sistem.

Buka tetingkap My Computer, klik kanan ikon cakera keras yang dipilih, klik Properties|Tools|Check Now. Cara kedua ialah klik Start|Programs|Accessories|System Tools|ScanDisk. Klik pada ikon cakera keras yang ingin diperiksa dan tentukan pilihan Standard atau Thorough.

Disiarkan pada: August 16, 2018 @ 1:26pm
d