itmetro

Telefon menarik harga bajet

Oleh Afiq Hanif

Era baru bagi telefon kelas pertengahan bersama Huawei Nova 3.

Huawei Nova 3 menjadi titik hebat dengan empat kamera (dua di depan dan dua lagi di belakang) yang menarik minat pengguna sebaik saja ia berada di rak jualan.

RAM 6GB dan ROM 128GB menjadi nadi kepada Huawei Nova 3 ini kerana ia sangat besar bagi kategori terbabit.

Apabila dibandingkan?

Huawei Nova 3 dijual pada harga RM1,899 sekarang, harga menarik dibandingkan dengan Oppo R15 Pro dan Vivo X21.

Bagi kategori pemprosesan pula, setiap fon mempunyai kuasa perkomputeran yang cukup untuk aktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti menonton video, melayari rangkaian sosial dan bermain game yang bersaiz sederhana bukan masalah.

Huawei Nova 3 mempunyai pemprosesan tinggi Kirin 970 octa-core (4 x 2.36 GHz dan 4 x 1.8 GHz). Sehingga kini, maklum balas pengguna tentang kelancarannya agak bagus.

Lagipun, Huawei juga membangunkan pemprosesan mudah alih pertama, Kirin 970 dengan modul kecerdasan pintar (AI) dan pembangunan teknologi semakin berkembang setiap hari jadi imej anda akan diproses menggunakan Kirin 970 yang laju berbanding dua lagi fon terbabit.

Bukan setakat itu saja pemprosesan Kirin 710 yang ada pada Nova 3i iaitu adik kepada Nova 3 pun mempunyai kelajuan pemprosesan 2.2GHz yang sama pantasnya dengan R15 Pro dan X21.

Vivo X21 menggunakan Snapdragon 660 octa-core 2.2 GHz manakala Oppo R15 Pro pula pun datang dengan pemprosesan sama. Dari aspek terbabit, Huawei Nova 3 memang ke depan.

Agak kasihan melihatkan pengguna yang mahukan paparan FullView pada fon mereka, tapi kekangan bajet memang menyebabkan kekecewaan.

Kini, ia bukan lagi masalah dan ketiga-tiga fon ini mempunyai skrin yang mengagumkan dan panel depan masing-masing cukup bagus.

Oppo R15 Pro mempunyai skrin 6.28 inci HD 1080 x 2280 dan Vivo X21 pula mempunyai paparan lebih besar 6.28 inci HD 1080 x 2280.

Sudah pasti, notch yang ada membantu pada saiz skrin yang meluaskan skrin terbabit untuk sudut pandang lebih besar.

Kalau anda tidak menyukai notch yang ada, Rekaan simetrik Nova 3dengan bezel kecil di atas dan bawah mungkin sesuai dengan cita rasa anda.

Ia mempunyai resolusi HD 1080 x 2340 pada pasaran 6.3 inci yang sebenarnya tidak jauh berbeza dengan Oppo dan Vivo. Skrin yang cukup besar ini sesuai untuk menonton drama.

Nova 3 mempunyai badan aluminium 7.4mm dan warna biru menjadi pilihan manakala berat 165g tidak berat dan ia 10g lebih ringan berbanding iPhone X (174g). Oppo R15 Pro lebih tebal (7.5mm) dengan berat 175g), tetapi pilihan warna fon terutama merah agak menarik.

Vivo X21 lebih ringan (156.2g), tetapi warna pilihan yang ada pada model ini sangat biasa dan kurang menarik.

Tiada lagi kamera yang mengecewakan apabila anda mempunyai fon kelas pertengahan apabila ia juga sesuai untuk persekitaran kurang pencahayaan dan mengelakkan imej kabur.

Nova 3 kekal menjadi nadi dalam kategori ini dengan 4 kamera. Sejumlah 16MP+24MP di belakang dan 24MP+2MP di depan ditambah kesan bokeh yang boleh diaktifkan ketika menggunakan kamera depan memang menarik.

Lagipun bagi penggemar swafoto, anda tidak akan kecewa dengan pencahayaan apabila Nova 3 dilengkapi Selfie Toning Flash yang menukar cahaya bergantung pada wajah dan skrin sendiri secara automatik.

Pada AI Selfie juga, ia akan mengesan objek seperti langit biru, pantai, tumbuhan, bunga, salji, persembahan pentas, malam dan bilik jadi tak perlulah sunting sini-sana untuk swafoto yang sempurna, hanya satu klik untuk Nova 3, kan senang tu.

Kamera belakang Vivo X21 beresolusi 12MP+5MP juga boleh digunakan untuk bokeh namun kamera depan 24MP tidak membenarkannya kerana ia tidak menyokong lensa monokrom yang mengukur ‘depth of field’, menjadikannya sukar

untuk menghasilkan imej kabur di belakang secara asli.

Oppo R15 Pro mempunyai kamera belakang 16MP+20MP manakala kamera depan pula 25MP.

Dengan skrin definisi tinggi, pastinya anda risau mengenai penggunaan bateri. Berapa lama fon boleh bertahan tanpa perlu dicas semula atau dipasang dengan powerbank? Tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini.

Ia bergantung kepada tabiat yang pengguna sendiri tentukan dan sama ada perisiannya cukup baik mengoptimumkan operasi. Dari aspek kapasiti bateri, ketiga-tiga model fon ini mempunyai 3000mAh atau lebih.

Oppo R15 Pro (3400mAh) yang juga paling besar antara ketiga-tiganya manakala Vivo X21 (3260mAh). Ketika ini, Huawei Nova 3 mempunyai bateri berkapasiti 3750mAh dan ujian rasmi menunjukkan ia mampu bersedia sehingga lapan jam.

Dengan Kirin 970 Smart Power Saving pula, ia membenarkan jangka hayat bateri lebih lama iaitu seharian jadi tidak perlu untuk ‘flash charge’ setiap empat atau lima jam kerana Nova 3 saja sudah tahan sehari.

Berdasarkan reviu positif, penggunaan bateri yang dioptimumkan bersama EMUI memungkinkan penggunaan sepanjang hari.

Huawei Nova 3 menjadi telefon paling berbaloi dengan harga hanya RM1,899 dengan konfigurasi hebat.

Siapa kata fon peringkat pertengahan tidak bagus? Tapi kalau anda tiada bajet untuk Nova 3, boleh saja beli 3i berharga RM1,249 yang mempunyai kelebihan daripada aspek dua kamera depan, keupayaan bateri dengan AI Power Management serta storan besar iaitu 128GB jika dibandingkan dengan pesaing.

Bagi yang minat membeli, anda boleh layari shop.huawei.com/my untuk Nova3 dan Nova3i.

Disiarkan pada: August 30, 2018 @ 3:08pm
d