itmetro

Kuasa baru

Oleh Afiq Hanif

Sekiranya laptop dua dalam satu yang lebih dikenali dengan cirinya bagi aktiviti bekerja di pejabat, Acer menggunakan inovasi sama memperkenalkan Triton 900 yang dikhaskan untuk permainan video.

Dilihat sebagai antara senjata terbaik Acer dalam segmen permainan video, sudah tentu ia dinanti-nantikan peminat e-sukan untuk berlatih menggunakan peranti yang lebih mudah dibawa dan dikendalikan.

Apatah lagi, Acer sememangnya terkenal dengan produk permainan video premium, terdapat kemungkinan juga ia mempunyai ciri perisian yang mampu menarik perhatian pengguna.

PREDATOR TRITON 900

• KONSEP PERANTI: Laptop dua dalam satu

• PENGKHUSUSAN: Permainan video

• SKRIN: Boleh sentuh 4K UHD

• HARGA: Belum ditentukan

• BERADA DI PASARAN TEMPATAN: Belum ditentukan

• KIPAS: Acer’s Aeroblade 3D

• STORAN: Belum ditentukan

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 1:32pm
d