itmetro

2 dron baru DJI

Oleh Afiq Hanif

Terbangkan dron baru dengan DJI Mavic 2 Zoom yang mempunyai kamera mampu zum optikal dan digital.

DJI Mavic 2 Zoom mempunyai sensor CMOS 1 / 2.3 inci dengan 2x zum optikal 24-48mm) dan 2x zum digital untuk lensa telefoto 96mm yang mampu merakam pada HD penuh bersama fokus automatik hibrid.

Dron boleh lipat ini mampu fokus 40 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya dengan resolusi foto 12 megapiksel.

Satu lagi dron, DJI Mavic 2 Pro datang dengan kamera Haaselblad yang pertama kali diperkenalkan mempunyai sensor CMOS 1 inci bersama 10 bit Dlog-M profil warna yang mana ia empat kali lebih baik untuk warna berbanding Mavic Pro dulu.

Sekali gus, ia bersesuaian untuk suntingan dengan tetapan warna lebih tepat bagi foto dan video.

DJI MAVIC 2 PRO

• HARGA: RM6,599 (dron, bateri, pengecas, alat kawalan dan empat bilah)

• SENSOR: 1” CMOS

• ISO: 100-6400

• SAIZ IMEJ PEGUN: 5472x3648

• RAKAMAN VIDEO: 4K, FHD

• BATERI: 3950mAh

• KELAJUAN: 72kmj

• JARAK MAKSIMUM: 6000m

• MASA TERBANG: 31 minit

DJI MAVIC 2 ZOOM

• HARGA: RM5,699 (dron, bateri, pengecas, alat kawalan dan empat bilah)

• SENSOR: 1 / 2.3” CMOS

• ISO: 100-3200

• SAIZ IMEJ PEGUN: 4000x3000

• RAKAMAN VIDEO: 4K, FHD

• BATERI: 3950mAh

• KELAJUAN: 72kmj

• JARAK MAKSIMUM: 6000m

• MASA TERBANG: 31 minit

Disiarkan pada: September 13, 2018 @ 4:19am
d