itmetro

Cuba 'Dark Mode' dalam Mojave

Oleh Afiq Hanif

Akhirnya, Malaysia menerima sistem operasi baru dikemas kini khas untuk pengguna MacBook dan iMac yang memperlihatkan Mojave menampilkan antaramuka kemas dan minimalis.

Salah satu ciri khas yang diperkenalkan penting bagi pereka atau individu lain yang mempunyai kerjaya dalam bidang grafik atau suntingan video iaitu mod gelap (Dark Mode).

Ia pertama kali diperkenalkan sejak Macbook atau iMac dilancarkan di dunia menukar Mac anda kepada unsur dramatik dan skema warna gelap yang memberikan fokus kepada kerja dengan memudahkan pandangan.

Bagaimana untuk mengaktifkan mod terbabit:

1. Sila ke ‘System Preferences’

2. Kemudian cari ‘General’

3. Terdapat dua pilihan, sama ada ‘Light’ atau ‘Dark’

4. Tekan saja Dark dan ia akan aktif serta merta

MacOS Mojave boleh dipindah turun sekarang jika anda mempunyai model MacBook (2015 ke atas), MacBook Air (2012 ke atas), MacBook Pro (2012 ke atas), Mac mini (2012 ke atas), iMac (2012), iMac Pro atau Mac Pro (2013).

Disiarkan pada: September 27, 2018 @ 1:11pm
d