itmetro

Menang Anugerah Putra

Oleh Afiq Hanif

Sejak bertahun-tahun, Samsung Malaysia Electronics (SME) mewujudkan peranti dan menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggannya.

Menerusi komitmen itu, usaha Samsung Electronics diiktiraf pada Anugerah Putra Brand 2018 dengan jenama itu memenangi dua anugerah Emas dalam kategori Peranti Komunikasi dan Kelengkapan Kamera, IT dan Pejabat & Perniagaan.

Bukan itu saja, ia turut membawa pulang anugerah Perak untuk sumbangannya dalam segmen Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar.

“Kami berusaha keras untuk mewujudkan, menyediakan dan menambah nilai ke dalam kehidupan pengguna. Pengiktirafan yang diterima pada Anugerah Putra Brand memberi motivasi dan membuatkan kami terus merendah diri.

“Kami berjanji mengekalkan apa yang sedang diusahakan dan terus mencipta teknologi inovatif yang dapat membantu pengguna,” kata Presiden SME, Yoonsoo Kim.

Selain tiga anugerah itu, Samsung juga memenangi anugerah Pemasar Tahun 2018 sebagai pengiktirafan kepada falsafah jenama itu.

Disiarkan pada: November 8, 2018 @ 1:34pm
d