itmetro

3 Router D-Link

Oleh Afiq Hanif

KEUPAYAAN Internet yang semakin laju memerlukan peranti ‘router’ yang bersesuaian membolehkan pengguna mencapai gelombang untuk menerima jalur lebar dalam kawasan setempat seperti di rumah atau kafe tertentu.

Syarikat seperti D-Link menawarkan router seperti model DIR-882, DIR878 dan DIR-867 yang bersesuaian dengan kelajuan telekomunikasi yang ditawarkan syarikat seperti Maxis, TM atau TIME Internet.

Mungkin kebanyakan pengguna akan tertanya-tanya fungsi penggunaan model sebegini dalam kehidupan seharian kerana ada yang kurang arif dalam bidang teknologi.

Ia digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian dan subrangkaian tanpa wayar memandangkan kebanyakan pengguna memiliki lebih daripada satu komputer peribadi (PC) di rumah.

Jangan panik atau gusar apabila anda membeli produk ini kerana berpendapat pengetahuan teknologi maklumat (IT) anda sangat terhad kerana ia mudah dipasang sendiri.

Ketiga-tiga model ini mempunyai reka bentuk ala kapal angkasa moden ini tentunya menarik yang mampu menghilangkan rasa bosan seperti kebanyakan reka bentuk router lain di pasaran.

Terdapat empat antena yang meluaskan rangkaian WiFi dalam rumah sama ada satu tingkat, dua tingkat, malah tiga tingkat, capaiannya masih meluas.

Sudah pasti, penguji memasangnya untuk dipadankan bersama pelan jalur lebar gentian optik sedia ada menggantikan router biasa yang ditawarkan.

Hasilnya, prestasi lebih laju diperoleh dengan WiFi yang agak ‘ultimate’.

Ketiga-tiganya mempunyai sasaran penggunaan berbeza. Misalnya model DIR-882 dan DIR878 sesuai untuk Internet dengan kelajuan 500Mbps hingga 1Gbps manakala model DIR-867 bagi kelajuan 300Mbps.

D-LINK DIR-882

Harga: RM698

Kelajuan: AC2600

Antaramuka: • 802.11 a/g/n/ac wireless LAN

• Four 10/100/1000 Gigabit LAN Ports

• 10/100/1000 Gigabit WAN Port

Standard: IEEE 802.11ac

Saiz: 10 x 7 x 1.75 inci

Sokongan: 4 x 4 Data Streams

Lebar jalur: 80/160

D-LINK DIR-878

Harga: RM518

Kelajuan: AC1900

Antaramuka: • 802.11 a/g/n/ac wireless LAN

• Four 10/100/1000 Gigabit LAN Ports

• 10/100/1000 Gigabit WAN Port

Standard: IEEE 802.11ac

Saiz: 10 x 7 x 1.75 inci

D-LINK DIR-867

Harga: RM449

Kelajuan: AC2600

Antaramuka: • 802.11 a/g/n/ac wireless LAN

• Four 10/100/1000 Gigabit LAN Ports

• 10/100/1000 Gigabit WAN Port

Standard: IEEE 802.11ac

Saiz: 9 x 8 x 1.5 inci

Disiarkan pada: November 15, 2018 @ 5:16am
d