itmetro

Pelekat WhatsApp wajah sendiri

Oleh Afiq Hanif

Trend menggunakan pelekat (sticker) wajah sendiri mula memberi kemeriahan dalam perbualan kumpulan WhatsApp.

Bagaimana mencipta pelekat terbabit?

Mula-mula, anda boleh pindah turun dulu aplikasi suntingan gambar yang memungkinkan anda memotong latar belakang dan memasukkan wajah saja.

IT@Metro mencadangkan Snapseed atau PicsArt dengan fail perlu menggunakan format PNG.

Kemudian pindah turun pula aplikasi Personal stickers for WhatsApp dan tetapkannya pada saiz 512 x 512 dan 100KB

Sebaik anda memuat turun aplikasi itu, anda boleh sama ada memilih daripada beberapa emoji prabuatan khas atau cipta sendiri dengan mengambil gambar atau memilih gambar sedia ada dalam simpanan anda.

Proses ini sangat mudah, selain turut membolehkan anda mengubah suai gambar supaya latar belakangnya dapat dibuang untuk mencantikkan emoji anda.

Selepas anda mengambil, mengubah suai dan menyimpan emoji itu, ia akan disimpan ke dalam fail anda di dalam aplikasi berkenaan. Anda juga boleh tag emoji itu jika anda ingin berkongsinya secara terbuka.

Anda kini boleh berkongsi emoji khas dengan kenalan dengan mencari emoji yang diambil sendiri atau khas di bawah tab ‘heart’ atau ‘collection’.

Untuk berkongsi, anda hanya perlu menyentuh emoji dan memilih berkongsi dengan aplikasi WhatsApp selain aplikasi lain juga seperti Facebook messenger, Instagram, Facebook, Twitter dan pilihan lain seperti e-mel.

Kini anda boleh berkongsi emoji menggunakan aplikasi pesanan.

Disiarkan pada: November 15, 2018 @ 1:55pm
d