itmetro

Kamera aksi GoPro Hero 7

Oleh Afiq Hanif

CUTI hujung minggu baru-baru ini membolehkan penguji bermain dengan kamera aksi GoPro Hero 7 yang bukan saja boleh dibawa menyelam, tetapi mampu ditukar aksi fungsinya menjadi kamera dipasang badan untuk diari video seharian.

Maklumlah, terlalu banyak aksi jalanan jadi pemasangan kamera pada badan pun penting merakam momen yang ada! Berbalik kepada model GoPro ini, model Hero 7 mudah dipasangkan dengan telefon anda menggunakan aplikasi.

Kemudian, penggunaan bluetooth menjadi penghubung keduanya membolehkan anda mendapatkan imej atau video terus dari kamera yang beresolusi 12 megapiksel HD penuh manakala video pula mampu merakam 4K.

Kualitinya boleh dikatakan bertepatan dengan harganya dan lebih hebat jika membelinya terus dari laman e-dagang, Shopee melalui pengedar sah iaitu TMT.

TMT (Thunder Match Technology) antara peruncit terbesar bagi produk pengguna berasaskan teknologi dengan 95 cawangan di seluruh negara yang menawarkan pelbagai pilihan komputer, gajet, produk elektronik dan aksesori.

Pada bulan Julai 2018, Thunder Match Techonology dijenamakan semula sebagai TMT selari dengan perubahan hala tuju perniagaan dan jenama syarikat terbabit secara keseluruhan.

Berbalik kepada GoPro Hero 7, secara teorinya, ia boleh dimasukkan pada kedalaman 10 meter dalam kolam renang dan mudah merakam pada 60fps.

Bukan itu saja, ia mempunyai keupayaan merakam video ‘slow mo’ 8fps dan boleh disiarkan secara langsung dengan inovasi strim.

Menggunakan bateri boleh dicas semula, GoPro Hero 7 mampu bertahan sehingga lima jam penggunaan mengikut penggunaan aktif penguji.

Paling menarik, penguji boleh berkongsi video secara terus ke Instagram Story dengan aplikasi GoPro yang dipasang.

Manakala jika anda mahu memindahkan foto atau video ke telefon, ia boleh dilakukan dengan mudah atau kongsikannya ke laman sosial secara terus.

Selain itu, pengguna boleh merakamkan video gerak perlahan dengan lebih lancar dan pada resolusi tinggi. Model ini juga dilengkapi Bluetooth, membolehkan pengguna menyambungkan telefon pintar untuk dijadikan alat kawalan serta untuk melihat gambar dan video yang diambil. Pengguna juga boleh meletakkan tag pada video yang digemari.

Setakat ini, penggunaan ketika pergerakan laju seperti berlari atau berjalan tidak mendatangkan gegaran.

Rakaman jenis HD penuh pun boleh tahan, sekurang-kurangnya anda boleh nampak rakan atau saudara mara jelas sangat jelas kalau mereka terakam!

Varian standard didatangkan dengan dengan kasing kalis air selain pemegang untuk papan luncur dan muzik pula didatangkan dengan bingkai khas yang digunakan untuk memasang dua jenis alat.

Bagi penguji, kamera video lasak, GoPro lazimnya diketahui sebagai kamera bersaiz kecil yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai situasi ekstrem.

Jika ia dilengkapi aksesori tambahan, kamera ini bukan saja boleh kendalikan untuk rakaman biasa, malah dieksploitasi menggunakan kawalan jauh, diterbangkan, mahupun dibawa turun ke dasar laut.

Pelbagai aksesori tambahan kini boleh ditemui di pasaran untuk dipadankan dengan GoPro.

Dalam kalangan penggiat aktiviti lasak dan ekstrem, ia sesuai membuat rakaman video secara lanskap dan pemandangan, misalnya aktiviti memanjat tembok batu, mendaki gunung dan aktiviti lasak lain.

Saiz kamera GoPro yang kecil memang kelebihan unik dan memudahkan pelbagai aksesori digunakan bersama kamera kenit ini.

Disiarkan pada: November 22, 2018 @ 3:30am
d