itmetro

Tip permainan video

Oleh Afiq Hanif

Jika anda baru mula berjinak-jinak untuk menyertai komuniti permainan PC secara eksklusif atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru, terdapat beberapa perkara anda perlu tahu mengenainya.

Paling mudah, pindah turun Steam. Bagi kebanyakan orang, Steam adalah cara terbaik untuk bermain permainan video.

Ia platform pengedaran digital yang memastikan anda sentiasa mendapatkan apa saja sebaik saja ia keluar. Steam menyimpan kesemua perisian anda, mengemas kini permainan secara automatik, mempunyai ciri komuniti, pesanan segera dan banyak lagi.

Jika anda terlepas peluang membeli Steam pada harga murah atau mahu mencari tawaran lain yang lebih menarik untuk permainan PC, anda patut cuba cari di Reddit.

Selalunya akan terdapat beberapa tawaran menarik termasuk diskaun daripada pelbagai laman web yang anda tidak pernah jumpa.

Selain itu, jangan tergesa-gesa membeli permainan. Kalau anda masih belum rasa untuk bermain sekarang, jalan terbaik untuk berjimat adalah tunggu saja jualan murah Steam.

Tetapi hati-hati, terdapat beberapa permainan yang teruk yang perlu anda elak untuk beli walaupun pada harga diskaun.

Anda patut gunakan pilihan' Bayaran Balik'. Awal tahun ini Steam memperkenalkan ciri baru dipanggil 'Steam Refunds' untuk pengguna yang tidak berpuas hati atau permainan itu tidak berfungsi dengan baik pada PC.

Bagaimanapun, jika anda bermain permainan itu selama lebih dua jam atau selepas 30 hari, agak susah untuk dikembalikan. Oleh itu, sila periksa dan minta bayaran semula jika ia tidak sesuai dengan anda.

Disiarkan pada: November 22, 2018 @ 11:14am
d