itmetro

Command & Conquer Rivals menarik

Oleh Afiq Hanif

Command & Conquer dihasilkan berdasar Dune II pada 1990-an yang menjadi asas permainan strategi dan berikutan kejayaan Dune II, Westwood menampilkan Command & Conquer pada 1995 yang amat popular sebelum muncul Command & Conquer 2: Tiberium Sun pada 1999 walaupun ketika itu muncul permainan hebat lain, termasuk Warcraft II, Starcraft, Total Annihilation dan Age of Empires II.

Apa yang menariknya mengenai Command & Conquer Rivals pada fon pula? Pastinya jalan cerita selain ciri tertentu permainan itu dan sambungan pertikaian antara puak selain menampilkan satu puak baru.

Apa saja daripada dua kempen yang anda pilih untuk bermula, anda dipersembahkan dengan banyak animasi ringkas antara misi, menampilkan pelakon yang muncul dalam siri Command & Conquer sebelum ini.

Rivals berlaku pada 2047 ketika galian tiberium mula mengancam bumi, merebak seperti radioaktif ketika zaman ais. GDI, iaitu gabungan negara dunia berusaha menghalang tiberium manakala Kane yang mengetuai Nod mahu menggunakan galian itu bagi menguasai dan mengubah kehidupan manusia mengikut caranya.

Bagi pemain yang cekap, anda memerlukan hampir 24 jam untuk menghabiskan semua kempen. Namun, ketika menyangka sudah menghabiskan semua kempen, ada beberapa misi mengejutkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah membuka kunci untuk bermain kempen terbabit dan tidak rugi kembali mengulang kempen yang sudah selesai kerana permainan itu memberi ganjaran berdasarkan prestasi dan rekod statistik.

Disiarkan pada: December 13, 2018 @ 2:15pm
d