itmetro

Perkemas aspek keselamatan

Oleh Muhammad Saufi Hassan

APLIKASI pesanan paling popular, WhatsApp sudah melancarkan kemas kini terbaharu dengan meningkatkan aspek keselamatan pengguna, sekali gus mengurangkan risiko untuk digodam.

Kemas kini terbaharu itu merangkumi sistem keselamatan dua hala untuk aplikasi berkenaan dan memberikan tahap keselamatan paling optimum.

Bagi pemilik platform Apple yang menggunakan sistem operasi IOS, mereka boleh menggunakan keselamatan pengecaman biometrik wajah atau FaceID dan TouchID yang sudah terbina dalam peranti mereka.

Berdasarkan sebaran maklumat yang dikeluarkan oleh WhatsApp menyatakan kemas kini itu masih di peringkat percubaan dan akan melaksanakan versi penuh tidak lama lagi.

Pelancaran kemas kini baru yang memberi fokus kepada aspek keselamatan bertujuan mengurangkan risiko penggodaman dalam kalangan pelanggan sistem pesanan itu.

Sistem pesanan itu memiliki pelanggan paling ramai serta menjadi pilihan pengguna masa kini memandangkan ia mudah dan memiliki pelbagai sistem nilai tambah.

Ia juga memberikan satu langkah yang serius bahawa pemilik sistem pesanan itu menitikberatkan aspek keselamatan data penggunanya.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 12:27pm
d