itmetro

Jam pantau aktiviti harian

Oleh Muhammad Saufi Hassan

JIKA anda seorang yang gemar mengikut jadual harian, pasti anda mahu menjejaki semula setiap aktiviti yang dilakukan seharian, memantau berapa ribu langkah berjalan sudah dibuat dan pada masa sama, tidak mengabaikan gaya profesional.

Bagi setiap persoalan itu, Samsung Galaxy Smart Watch 46mm adalah jawapannya kerana ia bukan saja mampu menjadi diari, sebaliknya memantau aspek kesihatan pemakainya.

Jam pintar keluaran Samsung ini memiliki sistem operasi Android dan mempunyai dua varian iaitu Galaxy Smart Watch 46mm dan 42mm, namun yang membezakan adalah saiz jam berkenaan.

Penulis secara keseluruhan berpuas hati dengan prestasi jam pintar berkenaan kerana ia bukan saja mempunyai banyak fungsi, malah bateri jam ini tahan untuk tempoh lebih tiga hari sebelum memerlukan pengguna mengecas semula.

Rekaan fizikal jam ini juga sesuai dengan rekaan moden hari ini dan Samsung berjaya menghasilkan sebuah peranti jam pintar yang bukan saja sarat dengan pelbagai fungsi, sebaliknya mempunyai reka bentuk menarik.

Secara asasnya, pemuka jam pintar ini menggunakan skrin bulat 1.2 inci SAMOLED dengan kekuatan resolusi 360 x 360 piksel.

Binaan jam pintar ini menggunakan Gorilla Glass DX+ digunakan bagi memastikan jam tangan mampu menahan hentakan dengan gaya hidup pemakai yang mungkin lasak.

Peranti ini menggunakan pemproses Dwi-Teras Exynos 9110 pada tahap kelajuan 1.15GHz sesuai dengan pelbagai aplikasi di dalam jam pintar berkenaan.

Memori jam pintar keluaran Samsung ini juga adalah 786 Megabait (MB) dan storan pada kedua-dua model adalah sama iaitu 4GB.

Perbezaan bagi kedua-dua varian adalah untuk model kapasiti bateri bagi model 42mm adalah 270 mAh manakala untuk model 46mm bateri sebesar 472 mAh sesuai dengan spesifikasi jam berkenaan.

Sistem pengecas jam pintar ini juga canggih kerana ia tidak menggunakan wayar.

Sebaliknya pemakai hanya meletakkannya di tapak pengecas Samsung Wireless Charger Duo dan jam berkenaan akan mengecas semula baterinya.

Selain itu, apa yang menarik perhatian penulis adalah Samsung meletakkan pelbagai rekaan antara muka daripada berbentuk jam analog sehinggalah umpama jam angkasa lepas dan ia boleh diubah suai mengikut keselesaan pemakai.

Paparan antara muka itu juga boleh diubah suai untuk melihat kapasiti bateri yang tinggi, jumlah langkah sehari, suhu semasa dan pelbagai lagi.

Jam ini juga mempunyai dua butang di sisi kanan yang berfungsi sebagai kembali dan menu utama manakala sistem navigasinya adalah berpandukan gegelung putaran di bahagian pemuka jam berkenaan.

Peranti ini antara yang terbaik pernah dipakai oleh penulis kerana memiliki pelbagai fungsi termasuk rekaan pemuka yang cantik.

Bagaimanapun, penulis kurang selesa dengan tali jam berkenaan dan mungkin tidak sesuai bagi individu yang memiliki pergelangan tangan

yang besar.

Walaupun ia hanya kekecewaan kecil bagi peranti hebat itu, ia tidak mengurangkan fungsi dan ternyata Samsung memberikan yang terbaik untuk produk jam pintar mereka.

SAMSUNG GALAXY SMART WATCH

SKRIN: 1.3 /1.2 SAMOLED 360◊360 piksel

PEMPROSES: 1.15 GHz Dua Teras Exynos 9110

STORAN: 4 GB

BATERI: 472/270 mAh (Pengecasan Tanpa Wayar)

SENSOR: Pengimbas Nadi, A-GPS, Barometer, Girometer, Accelerometer

NFC: Ya

INFRA MERAH: Tiada

TAHAP KETAHANAN: IP68/5 ATM/ MIL STD-810G

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 1:45pm
d