itmetro

Kasut simpan data

Oleh Muhammad Saufi Hassan

JIKA anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar seperti berlari dan mahu melihat data

aktiviti seharian, produk terbaru keluaran

Under Armour iaitu HOVR adalah jawapan paling tepat.

Kasut pintar keluaran Under Armour ini mempunyai sistem tersendiri yang dilengkapi ensor berteknologi tinggi.

Ia mampu untuk menyimpan data dan dihubungkan dengan jam pintar, sekali gus melakukan analisis setiap sesi larian yang dilaksanakan.

Kemudahan teknologi itu akan memberikan pengalaman berbeza kepada pemakainya

kerana mereka boleh melihat secara terperinci butiran larian mereka.

Disiarkan pada: February 21, 2019 @ 11:12am
d