itmetro

Black Shark 2 guna storan 126GB

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PRODUK Baru Xiomi bakal melancarkan peranti terbaru iaitu Black Shark 2 dengan menawarkan kekuatan spesifikasi pemproses Kryo 385 dan dipadankan dengan 6GB memori.

Peranti itu akan menggunakan skrin paparan beresolusi 1080 x 2160 dan platform Android versi 8.1 iaitu Oreo sebagai sistem operasi kepada peranti berkenaan.

Kamera peranti itu bakal menggunakan kombinasi 12 megapixel (MP) digabungkan dengan 20MP dan menggunakan unit pemproses grafik Adreno 630.

Storan bagi peranti ini dikatakan menggunakan 126GB untuk model asas dan ia bakal didatangkan dengan beberapa varian lain yang dibezakan dengan spesifikasi.

Spesifikasi

Pemproses: Kryo 385

RAM :6GB

Storan: 128GB

Kamera: 12MP + 20MP

Disiarkan pada: March 14, 2019 @ 12:15pm
d