itmetro

Oneplus 7 tawar kamera 48MP

Oleh Muhammad Saufi Hassan

TELEFON pintar Oneplus 7 bakal dilancarkan dengan penawaran kekuatan kamera utama 48 megapixel (MP) di samping kamera swafoto mekanikal keluar 16MP.

Walaupun tarikh keluaran telefon pintar itu belum diumumkan namun peranti berkenaan bakal menggunakan pemproses Snapdragon 855 dan padanan pilihan memori iaitu 8GB atau 12GB mengikut varian.

Selain itu, peranti berkenaan akan menggunakan skrin paparan AMOLED Optik dengan keupayaan tona warna sehingga 16 juta bagi menghasilkan paparan lebih terang dan jelas.

Ia akan menggunakan sistem operasi Android 9.0 dan teknologi pengimbas cap jari terbina di skrin paparan supaya memudahkan pengguna.

Spesifikasi

• Pemproses : Snapdragon 855

• RAM : 8GB / 12GB

• Storan : 128GB / 256GB

• Bateri : 4000 mAh

• Kamera utama : 48MP

• Kamera mekanikal swafoto : 16MP

Disiarkan pada: March 14, 2019 @ 12:27pm
d