itmetro

Rakam gambar jarak jauh

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Jika anda pemilik peranti Huawei P30 Pro, sudah pasti ia perkara yang baik memandangkan telefon pintar itu menawarkan kamera terbaik dalam kelasnya.

Bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang sepatutnya untuk menggunakan kamera telefon pintar itu, ia satu kerugian kerana kamera tiga lensa itu berkeupayaan untuk merakam gambar biarpun terletak dalam jarak yang jauh.

IT@Metro minggu ini akan memberikan beberapa tip dan helah untuk pemilik peranti HUAWEI P30 Pro dan anda boleh mencubanya sendiri memandangkan kebanyakan atur cara kamera peranti itu diletakkan dalam mod automatik.

Keunikan HUAWEI P30 Pro adalah terletak pada keupayaan kamera yang mampu untuk merakam imej atau tulisan secara jelas walaupun daripada jarak jauh.

Kamera telefon lain mungkin berkeupayaan untuk membesarkan imej, namun gambar akan kelihatan ‘pecah’ apabila pengguna membesarkan gambar secara maksimum.

Untuk peranti HUAWEI P30 Pro, telefon pintar ini berkeupayaan untuk membesarkan imej sebanyak 50 kali dan membezakan dengan peranti lain adalah gambar yang dirakam akan lebih jelas termasuk tulisan.

Pengguna boleh mencuba keupayaan ‘zoom’ ultra ini hanya dengan menekan skrin kamera pada petunjuk 1X, 5X, 10X dan 50X. Ia adalah petunjuk pembesaran imej.

Bagi pembesaran imej 1X, ia akan merakam imej biasa manakala untuk 5X, 10X dan 50X adalah mod pembesaran imej. Penulis mencuba sendiri mod berkenaan dan hasilnya begitu menakjubkan.

Walaupun penulis berdiri kira-kira 300 hingga 400 meter daripada objek yang mempunyai tulisan, namun imej yang dibesarkan masih jelas merakam bentuk struktur dan tulisan pada struktur berkenaan.

Tidak hairanlah laman web penilai fotografi, DXOMark meletakkan markah tertinggi iaitu 112 kepada peranti P30 Pro kerana berkeupayaan untuk membesarkan imej sebanyak 50X tanpa merosakkan gambar yang terhasil.

Selain itu, peminat foto berpeluang untuk memenangi peranti HUAWEI P30 Pro yang menawarkan kamera termaju dalam segmen telefon pintar.

Sertai peraduan ‘Jadilah Juara Gambar Huawei’ dengan kongsikan gambar yang paling kreatif dan ikuti langkah berikut di https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei

Pada masa sama,kembangkan bakat anda ke Anugerah NEXT Image dan memenangi hadiah wang tunai kira-kira RM40,000 serta hadiah menarik lain. Semua penyertaan akan mendapat baucer RM50 daripada HUAWEI Online Store Shop. Sertailah sekarang!

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web ini.

Disiarkan pada: April 18, 2019 @ 9:42pm
d