itmetro

Boon4 sasar khidmat penghantaran pantas

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SEJAJAR dengan perkembangan dunia digital, telefon pintar bukan sekadar peranti untuk membuat panggilan atau menghantar pesanan, sebaliknya menjadi peranti ‘pusat sehenti’ yang mempunyai banyak aplikasi penting.

Ia termasuk aplikasi penghantaran barangan atas talian atau e-penghantaran yang semakin memudahkan gaya hidup masyarakat dalam era digital kini.

Menerusi konsep itu, pembekal e-penghantaran, Boon4 menyasarkan khidmat profesional dan pantas kepada pelanggan dengan konsep penjimatan daripada penggunaan kertas dan pembungkusan.

Aplikasi itu bukan saja dapat menjimatkan masa dan tenaga tetapi penghantaran dilakukan membabitkan dari rumah ke-rumah.

Pengasas Boon4, Hagen Kok Sei Soon berkata, pendekatan inovatif diperkenalkan itu memudahkan pelanggan menjejaki setiap penghantaran barangan dilakukan.

Katanya, pengguna yang menggunakan khidmat ditawarkan dapat menjejaki barangan yang dihantar secara langsung melalui aplikasi Boon4.

“Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Boon4, membuat pilihan, seterusnya barangan itu dihantar ke mana-mana lokasi ditetapkan dengan selamat.

“Penggunaan aplikasi ini bukan saja menjimat­kan masa pelanggan malah ia memudahkan pelanggan dengan memastikan penghantaran barangan itu selamat sampai ke destinasi ditetapkan,” katanya.

Boon4 menyasarkan operasi mencakupi ASEAN dalam jangka masa lima tahun akan datang sekali gus, menguasai industri kurier dan juga logistik rantau ini.

Disiarkan pada: April 25, 2019 @ 9:22am
d