itmetro

Bangun sistem platform pembayaran blok

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PENGENDALI laman sosial terbesar dunia, Facebook (FB) sebelum ini pernah memperkatakan untuk membangunkan platform pembayaran berasaskan rantaian blok dikenali sebagai ‘Project Libra’.

Menerusi laporan terkini Wall Street Journal (WSJ), Facebook sedang membangunkan platform pembayaran berasaskan rantaian blok dan ia akan memudahkan pengguna untuk membuat pemindahan wang atau pembelian berasaskan talian.

Pengendali laman sosial itu juga dikatakan akan membangunkan platform berkenaan milik mereka sendiri dan akan melaksanakan proses integrasi dengan beberapa laman web lain yang menyokong kemudahan mereka.

Jika platform berkenaan dilaksanakan, Facebook mungkin akan menawarkan ganjaran pulangan wang kembali sekiranya membuat pembelian di platform mereka atau melihat iklan di platform berkenaan.

Ketika ini, salah satu perkhidmatan yang mengintegrasikan sokongan pembayaran di bawah Facebook adalah aplikasi WhatsApp.

Pada minggu lalu, Facebook menyatakan mereka akan memperluaskan penawaran pembayaran WhatsApp ke negara lain dan ia memperluaskan lagi perkhidmatan berkenaan.

Disiarkan pada: May 9, 2019 @ 8:19am
d