itmetro

Samsung sedia peranti khas Sukan Olimpik 2020

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SAMSUNG sudah menyediakan peranti edisi khas Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung di Jepun, sekali gus menjadi antara penaja utama temasya sukan terbesar dunia itu.

Peranti berkenaan adalah Samsung Galaxy S10+ Prism White edisi khas dengan logo Sukan Olimpik pada bahagian belakang peranti berkenaan.

Untuk telefon pintar itu, spesifikasi yang ditawarkan adalah memori (RAM) 8GB dan storan asas 128GB menerusi syarikat NTT Docomo.

Jualan peranti edisi khas itu akan bermula Julai depan dan harga yang ditawarkan adalah RM4,351 dan pembeli turut menerima sepasang Galaxy Buds yang turut dilengkapi dengan logo sukan berkenaan di bahagian pod penyimpanan.

Samsung sudah menghasilkan telefon pintar edisi Olimpik sejak 2012 dan ketika acara Olimpik 2016 di Rio de Jeneirio, Brazil, pemberian Samsung Galaxy S7 Edge edisi khas Olimpik kepada kesemua atlit.

Syarikat gergasi Korea itu akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia berikutan tajaan yang besar untuk sukan berkenaan tahun depan.

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 12:46pm
d