itmetro

WhatsApp sudah diceroboh

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SISTEM pesanan terbesar dunia, WhatsApp baru-baru ini dilaporkan menghadapi masalah apabila wujud akaun milik pengguna di serata dunia didakwa diceroboh oleh individu tidak dikenali yang mengakses maklumat pemilik akaun.

Ia turut membolehkan penceroboh mengakses maklumat kenalan kepada pemilik akaun WhatsApp dan menghantar mesej berunsur khianat selain penipuan membabitkan orang kenamaan termasuk di negara ini.

Insiden itu sekali gus mencetuskan tanda tanya berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan sehingga boleh diceroboh oleh pihak ketiga. Tambah membimbangkan penceroboh boleh melihat maklumat kenalan pemilik akaun berkenaan.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan, IT@Metro minggu ini mendapatkan reaksi daripada pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berhubung masalah yang dihadapi oleh aplikasi pesanan terbesar dunia itu.

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 1:09pm
d