itmetro

Gabungan tiga lensa

Oleh Muhammad Saufi Hassan

XIAOMI melancarkan telefon pintar terbaru kelas pertengahan miliknya iaitu Mi 9T yang didatangkan dalam dua varian berbeza dengan tanda harga RM1,199 dan RM1,399.

Kedua-dua varian berkenaan mempunyai spesifikasi yang sama cuma mempunyai sistem storan berbeza iaitu 64GB dan 128GB.

Peranti berkenaan akan menggunakan pemproses Snapdragon 730 yang dipadankan bersama kemampuan memori (RAM) 6GB supaya membolehkan telefon pintar itu melancarkan sebarang aplikasi tanpa masalah.

Mi 9T mempunyai kamera tiga lensa iaitu 13 megapiksel (MP) sudut ultra lebar digabungkan bersama 48MP sudut lebar dan 8MP untuk telefoto.

Kamera swafoto bagi peranti ini menggunakan kamera mekanikal terkeluar ‘pop-up’ yang mampu merakam gambar dalam resolusi 20MP.

Gabungan tiga lensa menghasilkan imej lebih berkualiti terutama ketika merakam gambar dalam pencahayaan kurang dan keadaan itu sering menjadi masalah bagi kamera terbina di dalam peranti.

Skrin paparan peranti ini berukuran 6.39 inci AMOLED dan berkeupayaan Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) serta didatangkan dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Kapasiti bateri bagi peranti ini adalah 4,000mAh untuk memastikan peranti kekal bertahan sepanjang hari walaupun penggunaan optimum.

Pelancaran telefon pintar berkenaan menguatkan lagi segmen peranti kelas pertengahan keluaran Xiaomi di pasaran yang menawarkan spesifikasi yang sangat baik.

Pemproses Snapdragon 730 pula adalah generasi terkini yang memberikan lebih keupayaan sekali gus menjamin prestasi yang sangat baik untuk peranti berkenaan.

XIOMI

• PEMPROSES: Snapdragon 730

• RAM: 6GB

• STORAN: 64GB/128GB

• KAMERA UTAMA: 13MP +48MP + 8MP

• KAMERA SWAFOTO:20MP

• BATERI: 4,000 mAh

• HARGA: RM1,199/RM1,399

Disiarkan pada: June 27, 2019 @ 9:39am
d