itmetro

Peranti menarik, harga mampu milik

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PENGELUAR telefon pintar berpangkalan di Perancis, Wiko mengumumkan pelancaran peranti terbaru miliknya iaitu Wiko View3 dan View3 Lite.

Kedua-dua telefon pintar berkenaan menawarkan harga mampu milik selain daripada spesifikasi yang baik sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Bagi peranti Wiko View3, telefon pintar itu menggunakan pemproses Helio P22 yang dipadankan dengan memori (RAM) 3GB serta menggunakan sistem operasi Android Pie.

Skrin paparan peranti kelas ini menggunakan 6.26 inci Definisi Tinggi Dipertingkatkan (HD+) selain storan 32GB yang menyokong memori tambahan sehingga 256GB.

Kamera utama telefon ini menggunakan tiga lensa iaitu 13 megapiksel (MP) + 12MP + 2MP serta kamera swafoto beresolusi 8MP untuk menghasilkan gambar yang baik.

Manakala, untuk telefon pintar Wiko View3 Lite pula, peranti berkenaan menggunakan pemproses Unisoc SC9863A serta 2GB RAM.

Skrin paparan pula menggunakan 6.09 inci Definisi Tinggi Dipertingkatkan (HD+) serta mempunyai dua kamera berkeupayaan 13MP + 2MP.

Kedua-dua telefon ini sudah berada di pasaran dengan tanda harga RM599 untuk Wiko View3, manakala View3 Lite pula RM449.

HELIO P22

• PEMPROSES: Helio P22 / Unisoc SC9863A

• RAM: 3GB / 2GB

• STORAN: 32GB

• BATERI: 4,000mAh

Disiarkan pada: June 27, 2019 @ 9:52am
d