itmetro

Akses sesi ujian terbuka

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SIRI permainan yang ditunggu-tunggu iaitu ‘Tom Clancy’s Ghost Recon (TCGR): Breakpoint’ sudahpun melancarkan sesi ujian terbuka atau dikenali sebagai ‘Open Beta’ kepada pemain sejak Ahad lalu.

Akses sesi ujian terbuka itu diberikan kepada pengguna yang sudah membeli siri permainan itu ataupun kepada mereka yang mendaftar untuk melakukan ujian permainan berkenaan sebelum ini.

Penulis merasai sendiri siri terbaru ujian terbuka berkenaan dan apa yang menariknya adalah, Ubisoft memberikan satu genre permainan survival yang sangat berbeza berbanding judul terdahulu.

Menerusi misi terhad, penulis merasakan bahawa siri permainan ini mempunyai rekaan permainan yang agak terperinci termasuk kesukaran yang berbeza apabila perlu merawat diri sendiri apabila ditembak.

Tiga lagi karakter lain dikawal oleh komputer namun pemain boleh mengawal karakter berkenaan secara automatik jika wajah utama cedera atau jatuh ditembak.

Untuk menyelamatkan sesuatu watak juga tidak mudah apabila pemain perlu membaling bom asap untuk mengelirukan musuh supaya tidak menjadi sasaran mudah kepada tentera musuh.

Secara umumnya, pemain akan menggunakan karakter Nomad iaitu Ketua Skuad Khas Delta Company, Batalion Pertama, Pasukan Khas Kelima Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang dikenali sebagai ‘Ghosts’.

Ia adalah pasukan fiksyen dan siri terbaru ini masih menggunakan konsep permainan sama iaitu penembak taktikal serta menampilkan dunia terbuka (open world).

Bagaimanapun, menariknya apabila Ubisoft menaik taraf cara permainan Breakpoint apabila setiap kecederaan yang dihadapi pemain akan mempengaruhi pergerakan berbanding ‘TCGR: Wildlands’.

Jika permainan siri sebelumnya iaitu Wildlands, pemain masih boleh berlari dan menembak seperti biasa walaupun sudah ditembak dengan teruk tetapi keadaan sangat berbeza bagi siri terbaru Ubisoft ini.

Konsep permainan untuk siri terbaharu ini akan menampilkan ciri ‘survival’ sebenar apabila pemain yang sudah ditembak seperti kecederaan di kaki akan menghadapi kesukaran untuk berlari dan berjalan terhincut-hincut.

Jika ditembak di bahagian tangan atau bahu, pemain akan menghadapi kesukaran untuk membidik dan menembak musuh.

Ia adalah konsep baharu yang lebih realistik, namun pemain boleh memulihkan diri menerusi pek ‘medkit’ yang dijumpai dalam permainan.

Bagi TCGR: Breakpoint, pemain akan menjadi individu buruan dan jumlah peluru serta kelengkapan persenjataan akan menjadi begitu terhad.

Ia memberi cabaran yang berbeza buat pemain berbanding siri sebelumnya dan pemain boleh membuat pra- tempahan bermula hari ini dan tarikh keluaran adalah 4 Oktober ini.

KOMEN

Penilaian penulis

Kesan grafik : 4.5 / 5

Jalan cerita : 4 / 5

Tahap kesukaran 4 / 5

Boleh beli : 4.5 / 5

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 4:30am
d