itmetro

Huawei pilih Malaysia pasaran pertama Nova 5T

Oleh Muhammad Saufi Hassan

HUAWEI bakal memperlihatkan telefon pintar terbaru mereka, Nova 5T dan pengeluar terkemuka telefon pintar berkenaan memilih Malaysia sebagai pasaran pertama di dunia yang akan melihat peranti baru itu.

Pandangan pertama peranti Huawei Nova 5T itu dibuat sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 pada 25 Ogos ini.

Peranti itu akan diperlihatkan pada Pameran Fesyen Huawei #WeAreNova jam 10.30 pagi bertempat di Pavilion Kuala Lumpur.

Telefon pintar itu menampilkan ciri terkini sesuai dengan peredaran zaman dan sangat bersesuaian dengan tema fesyen dan golongan muda.

Rakyat Malaysia juga boleh menyertai pertandingan Huawei #novaOOTD dan memenangi tempat eksklusif di belakang pentas KLFW.

Bagi pertandingan #novaOOTD berkenaan sudah dimulakan selama tiga hari bermula hari ini.

Pengguna perlu merakam gambar pakaian harian dan memastikan gambar dirakam adalah yang terbaik.

Selepas itu, pengguna perlu memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Instagram dan Facebook serta meletakkan keterangan gambar mengandungi tanda pagar #novaOOTD dan @HuaweiMobileMY.

Lima pemenang bertuah akan diumumkan Jumaat ini menerusi platform rasmi Facebook Huawei.

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 10:11pm
d