itmetro

Papan induk terbaik kelas X570

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PEMILIHAN papan induk bagi kelas prestasi sememangnya penting kerana tidak semua perkakasan itu menawarkan spesifikasi yang baik.

Bagaimanapun, berdasarkan ujian VRM termal yang dilaksanakan beberapa pihak mendapati papan induk keluaran ASUS bagi barisan produk Republik of Gamers (ROG) Crosshair VIII Hero adalah yang terbaik bagi kelas X570 berbanding jenama lain.

Crosshair VIII Hero bukan saja mencatatkan bacaan VRM termal yang sangat baik, malah harga yang ditawarkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pesaing terdekat mereka.

Walaupun, pesaing terdekat mereka seperti Gigabyte Aorus Xtreme X570 menghampiri bacaan termal yang dicatatkan oleh Crosshair VIII Hero, namun tanda harga papan induk itu jauh lebih tinggi dan dilihat tidak relevan.

Selain itu, perkakasan yang ditawarkan pada harga yang jauh lebih tinggi dan tidak menyamai spesifikasi yang ditawarkan oleh produk keluaran ASUS berkenaan.

Ujian termal berkenaan menunjukkan walaupun menggunakan set desktop yang mempunyai keupayaan pengudaraan minimal, Crosshair VIII Hero mampu mencatatkan secara purata suhu rendah di semua tanda papan induk.

Tidak hairanlah untuk kelas X570, ASUS ROG Crosshair VIII Hero adalah papan induk terbaik daripada segenap faktor bukan saja bacaan termal yang rendah.

Jenama papan induk Asrock menerusi produk Asrock X570 Phantom Gaming X dan Asrock X570 Taichi pula antara dua papan induk yang mencatatkan bacaan termal paling tinggi.

Menyentuh spesifikasi papan induk Crosshair VIII Hero itu, ia menggunakan rekaan ATX dan mampu untuk menyokong pemproses Ryzen 2000 dan 3000.

Soket perkakasan ini menggunakan AM4 manakala cip papan induk adalah X570 serta didatangkan dengan keupayaan memori (RAM) 4 slot DDR4 DIMMS bersama saluran berkembar yang menyokong frekuensi sehingga 4,800MHz.

Bagi storan pula, papan induk ini menyediakan dua X M.2 (PCIe 4.0, X4) serta mempunyai keupayaan jaringan Internet tanpa wayar (WiFi) Intel Wi-Fi 6 AX200.

Spesifikasi

Jenis: ATX

Sokongan CPU: AMD Ryzen 2000 dan 3000

Soket: AM4

Cip: X570

Memori: 4 x DDR4 DIMMS / Saluran berkembar 4,800MHz

STATISTIK bacaan termal VRM menunjukkan ASUS ROG Crosshair VIII Hero jauh lebih baik dengan harga yang rendah berbanding pesaingnya.

Disiarkan pada: August 22, 2019 @ 1:36pm
d