itmetro

Selesai semua masalah!

Oleh Muhammad Saufi Hassan

BAGI seorang pelajar, pekerja profesional mahupun pengguna yang kerap penggunakan mesin pencetak, sudah pasti mahukan sebuah perkakas yang ringan, mudah untuk mengisi dakwat dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti keupayaan sambungan Internet tanpa wayar (WiFi) untuk melakukan cetakan.

Malah, umpama satu bonus kepada pengguna untuk memiliki pencetak yang dilengkapi mesin pengimbas (scanner) serta perkakas yang boleh disambungkan dengan peranti mudah alih milik anda tanpa perlu melakukan pemindahan data ke komputer atau laptop.

Itu antara dilema pengguna iaitu mahu memiliki mesin pencetak namun pada masa sama mahukan sebuah perkakasan yang memberi kepelbagaian ekosistem seperti sambungan kepada peranti mudah alih.

Untuk semua persoalan serta keperluan pengguna itu, anda tidak perlu lagi memilih pelbagai jenama di pasaran, hanya perlu memiliki mesin pencetak Epson EcoTank model L3156.

Penulis tidak keting-galan memiliki dilema serta keperluan tertentu memandangkan kerjaya sebagai seorang penulis memerlukan sebuah mesin pencetak yang mampu untuk disambungkan dengan peranti mudah alih tanpa perlu memindahkan maklumat kepada cakera USB dan melakukan pemindahan kepada laptop.

Hanya perlu menekan butang WiFI di mesin pencetak dan melakukan sambungan menerusi peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet, penulis sudah boleh mencetak apa saja butiran yang perlu.

Epson EcoTank L3156 menyelesaikan semua masalah penulis dan mesin berkenaan tidak berat dan sangat ringan jadi memudahkan untuk memindah lokasi tugasan sama ada di dalam bilik yang berada di tingkat atas atau melakukan kerja di hadapan televisyen yang terletak di lokasi lain.

Selain daripada masalah keupayaan mesin pencetak, perkara utama yang difikirkan pengguna adalah kaedah untuk mengisi dakwat kepada mesin pencetak kerana ada perkakas itu yang menyukarkan pengguna sehingga mengotorkan jari dengan dakwat berkenaan.

Perlu diingatkan bahawa dakwat mesin pencetak tidak mudah untuk ditang-galkan namun Epson EcoTank ini tidak memerlukan mengotorkan jari kerana blok simpanan dakwat diletakkan di bahagian luar yang mempunyai penutup mudah buka.

Prosedur pengisian dakwat juga amat mudah apabila botol dakwat dilengkapi dengan injap buka tutup dan ia tidak mengotorkan jari pengguna serta mesin anda memandangkan prosedur begitu ringkas.

Paras dakwat juga boleh dilihat tatkala pengguna membuka penutup penyimpanan dakwat berkenaan dan pengisian semula boleh dilakukan apabila dakwat berada di paras rendah.

Lebih memudahkan pengguna apabila mesin berkenaan mempunyai ekosistem yang terkini dengan penyambungan WiFi kepada peranti dan dokumen boleh dicetak menerusi pelbagai peranti mudah alih.

Ia tidak hanya memerlukan sambungan menerusi komputer untuk melakukan tugasan mencetak dan keupayaan itu sangat memudahkan pengguna. Secara keseluruhannya, mesin pencetak Epson EcoTank L3156 adalah sebuah perkakas yang perlu dimiliki kerana mempunyai pelbagai kegunaan.

Bermula daripada tugas mencetak, sambungan WiFi Direct dengan peranti mudah alih sehingga kepada tugasan pengimbasan boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Disiarkan pada: September 12, 2019 @ 11:04am
d