itmetro

Laptop kelas premium

Oleh Muhammad Saufi Hassan

ACER Malaysia melancarkan 'gergasi' laptop terbarunya iaitu Predator Helios 700 yang menggunakan pemproses Intel Core Generasi Kesembilan.

Laptop berkenaan dikuasakan Intel Core i9-9980HK yang dipadankan dengan kad grafik keluaran Nvidia GeForce RTX 2080 bersama memori (RAM) 32GB DDR4 dan ia boleh dinaik taraf sehingga 64GB.

Ia menggunakan sistem storan berkapasiti 1TB PCIe NVMe dalam konfigurasi RAID0. Ia juga hadir dengan kit naik taraf HDD yang membolehkan pengguna meningkatkan lagi prestasi peranti.

Predator Helios 700 menawarkan empat mod prestasi iaitu 'Normal' dan 'Fast' pada papan kekunci dengan mod bersambung manakala 'Boosted' dan 'Extreme' ketika papan kekunci tidak bersambung.

Aspek ergonomik papan kekunci HyperDrift juga sudah dipertingkatkan dengan ia boleh rapat ke badan, pemain boleh mempunyai jarak dengan skrin bersaiz 17 inci tanpa perlu memanjangkan tangan mereka.

Bagi melengkapkan pakej itu, Predator Helios 700 didatangkan dengan paparan 17.3 inci dengan kadar segar semula 144Hz menggunakan panel IPS yang menyokong G-Sync.

Harga yang ditawarkan untuk peranti terbaharu Acer berkenaan adalah RM17,999.

SPESIFIKASI

Pemproses : Intel Core i9-9980HK

RAM : 32GB

Storan : 1TB PCIe NVMe

Kad grafik : Nvidia GeForce RTX 2080

Paparan : 17.3 inci 144Hz panel IPS

Disiarkan pada: October 4, 2019 @ 3:21pm
d