itmetro

Huawei Y9s tawar ciri peranti termaju

Oleh Muhammad Saufi Hassan

MENAWARKAN skrin paparan 6.59 inci yang dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 6GB bersama jumlah storan 128GB menjadi daya penarik utama bagi peranti baharu keluaran Huawei Y9s.

Peranti berkenaan adalah Huawei Y9s yang dilengkapi dengan ciri keselamatan imbasan cap jari diletakkan di bahagian tepi dan paling menarik adalah sistem berkenaan mampu membuka kunci dengan kadar masa 0.3 saat.

Ia juga adalah integrasi butang kuasa dan sensor cap jari imbasan. Pengguna yang mahu menggunakan pembantu suara boleh menekan butang sama pada kadar satu saat manakala untuk menutup peranti dengan kadar tiga saat.

Walaupun peranti berkenaan didatangkan dengan ciri peranti premium, namun tanda harga untuk telefon pintar berkenaan dijangka lebih mampu milik.

Peranti berkenaan diklasifikasikan sebagai peranti kelas permulaan namun menawarkan ciri peranti kelas pertengahan yang sangat baik.

Huawei Y9s juga menggunakan kamera swafoto pop-naik dengan keupayaan 16 megapiksel dan ia dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mencantikkan gambar yang dirakam.

Disiarkan pada: November 28, 2019 @ 8:58pm
d