itmetro

Whatsapp bakal perkenal fungsi mesej 'Self Destruct'

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Sistem pesanan paling popular, Whatsapp dilaporkan sedang menguji satu lagi fungsi baharu iaitu membolehkan pengguna untuk memadamkan teks mesej dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ia umpama mesej pemadaman sendiri atau 'self-destruct' dan pengguna boleh melakukan pemilihan masa pemadanan teks mesej untuk beberapa tempoh.

Berdasarkan satu laporan, fungsi itu akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk memadam sesuatu teks mesej dalam tempoh satu jam, satu hari, satu minggu dan beberapa pilihan lain.

Whatsapp yang sudah dimiliki oleh Facebook kini dikatakan sedang melakukan ujian untuk fungsi berkenaan dan akan dilancarkan bagi versi penuh selepas fasa berkenaan tamat.

Fasa ujian dilaksanakan untuk melihat tahap kestabilan aplikasi berkenaan dan kadar tindak balas mesej pemadaman sendiri tanpa sebarang masalah.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 12:50pm
d