itmetro

Peranti 5G dijangka lebih murah

Oleh Muhammad Saufi Hassan

MIGRASI teknologi untuk jaringan telekomunikasi generasi kelima atau 5G bakal memperlihatkan peningkatan tahun ini apabila kebanyakan negara terutamanya di rantau Asia Tenggara sudah memulakan langkah komprehensif terhadap insfrastruktur jaringan berkenaan.

Telefon pintar yang menggunakan cip 5G dijual dengan harga yang agak tinggi pada masa ini memandangkan teknologi berkenaan masih dikategorikan sebagai 'premium' dan pakar industri meramalkan akan berlaku penurunan harga apabila 5G sudah digunakan secara meluas kelak.

Berdasarkan laporan South China Morning Post menyatakan bahawa penurunan harga peranti untuk cip sambungan 5G akan berlaku tidak lama lagi.

Ia bertitik tolak kepada pemasaran secara meluas cip berkenaan dan menjadikan peranti yang mempunyai keupayaan 5G sebagai dikomersialkan bagi setiap segmen pasaran.

Kebanyakan pengeluar telefon pintar juga sedang giat melancarkan beberapa versi peranti premium mereka yang mempunyai sambungan 5G.

Apple Inc tidak terkecuali apabila dilaporkan akan melancarkan peranti versi 5G mereka tidak lama lagi yang turut menyokong pelbagai jaringan telekomunikasi.

Ia menjadikan peranti mudah alih yang mempunyai keupayaan sambungan 5G dijual secara meluas dan keadaan itu diramal akan menurunkan harga peranti secara keseluruhannya.

Disiarkan pada: January 3, 2020 @ 9:34am
d