itmetro

Twitter perkenal ciri baharu

Oleh Reuters

Las Vegas: Twitter Inc sedang menguji untuk memperkenalkan ciri terbaharu bagi membolehkan pengguna media sosial itu mengehadkan jumlah balasan kepada ciapan di platform itu.

Usaha itu bertujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan dan gangguan di platform berkenaan.

Ketua Pegawai Operasinya, Jack Dorsey berkata, langkah terbabit bagi membolehkan persekitaran yang lebih sihat kepada pengguna media sosial itu.

“Kami mahu pengguna berasa lebih selamat untuk berhubung menerusi Twitter dengan memberi mereka kawalan terhadap perbualan yang dimulakan mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter syarikat itu.

Pada akhir tahun lalu, Twitter memperkenalkan ciri tambahan seperti pengguna boleh menyembunyikan sesetengah balasan terhadap ciapan.

Ia adalah usaha berterusan syarikat itu untuk menjadikan media sosial itu lebih mesra pengguna.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 2:05pm
d