itmetro

Tiada laporan Internet sesak

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak menerima sebarang laporan berhubung aduan jaringan telekomunikasi terganggu setakat ini.

Sumber SKMM memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau bacaan penggunaan trafik dalam jaringan telekomunikasi luar biasa sepanjang tempoh terkini.

Pada masa sama, jurucakap Telekom Malaysia Berhad (TM) turut menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan dalam jaringan seliaan mereka dan semuanya beroperasi dalam keadaan normal.

Menurutnya, semua perkhidmatan yang disediakan tidak menunjukkan kepenggunaan luar biasa dan beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, wujud dakwaan daripada warga net berlaku kesesakan trafik dalam rangkaian telekomunikasi berikutan kebanyakan individu melakukan tugasan dari rumah termasuk mengadakan sidang video.

Beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi menafikan dakwaan berkenaan selain menyatakan semua rangkaian adalah normal tanpa kepenggunaan luar biasa.

Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 1:44pm
d