itmetro

Apple MacBook Air

Oleh Muhammad Saufi Hassan

APPLE baru-baru ini melancarkan siri terbaharu bagi generasi MacBook Air bagi versi 2020 yang menawarkan spesifikasi terkini dengan padanan pemproses Intel Core generasi kesepuluh.

MacBook Air versi terbaharu itu juga menawarkan rekaan ‘Magic Keyboard’ yang sesuai untuk semua lapisan pengguna termasuk kapasiti storan dua kali ganda berbanding generasi terdahulu.

Storan permulaan untuk peranti berkenaan bermula pada 256GB yang membolehkan pengguna menyimpan sebarang bentuk fail dan versi itu juga didatangkan dengan 13 inci paparan skrin Retina.

Apple juga menggunakan sistem keselamatan kekunci miliknya iaitu ‘Touch ID’ untuk memudahkan pengguna log masuk ke sistem peranti tanpa memasukkan kata laluan.

Menyentuh aspek spesifikasi peranti itu, skrin paparan dilengkapi dengan teknologi Retina dengan ‘True Tone’ di samping padanan memori (RAM) untuk dua versi berbeza iaitu 8GB dan 16GB DDR4.

Unit pemproses grafik pula menggunakan integrasi Intel Iris Plus dan jumlah storan bermula 256GB sehingga 2TB SSD.

Apple kali ini bijak melakukan padanan pemproses apabila menawarkan cip teras kuad untuk pertama kali bagi siri berkenaan dan sudah pasti ia menawarkan lebih kuasa prestasi untuk melancarkan sebarang perisian.

Prestasi pemproses pula ditawarkan untuk Intel Core generasi kesepuluh dengan frekuensi 1.2GHz teras kuad Core i7 dengan teknologi ‘Turbo Boost’ sehingga 3.8GHz.

Peranti versi 2020 ini menawarkan prestasi dua kali ganda berbanding generasi terdahulu dan ia sesuai untuk kegunaan masa kini dan sesuai untuk semua tugasan produktiviti.

Sistem operasi peranti ini akan menggunakan macOS Catalina iaitu sistem terkini milik Apple.

Apple meletakkan tanda harga bermula RM4,399 untuk model dengan cip Intel Core i3 dan RM5,599 untuk model dengan cip Intel Core i5.

Spesifikasi

  • Pemproses : Intel Core Generasi 10 i3 / i5 / i7
  • GPU : Sistem grafik integrasi Intel Iris Plus
  • RAM : 8GB / 16GB LPDDR4X (3,733MHz)
  • Storan : 256GB - 2TB SSD
  • Paparan : 13 inci Paparan Retina dengan True Tone
  • Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 11:47am
    d