itmetro

Samsung lancar Galaxy Z Fold2

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SYARIKAT gergasi elektronik, Samsung Electronics memperkenalkan generasi baharu peranti pintar dengan skrin boleh lipat iaitu Samsung Galaxy Z Fold2.

Peranti berkenaan menawarkan teknologi paling maju dalam industri dan Samsung sekali lagi mencuri tumpuan apabila mampu untuk merealisasikan peranti skrin boleh lipat generasi kedua mereka selepas Galaxy Fold yang dilancarkan tahun lalu.

Galaxy Z Fold2 menggunakan skrin bukaan penuh berkeluasan 7.6 inci dengan teknologi paparan QXGA+ Dynamic AMOLED 2X Display bersama Infinity Flex Design dengan resolusi 2208 x 1768.

Manakala untuk saiz skrin depan adalah 6.2 inci Definisi Penuh Dipertingkatkan (HD+) bersama paparan berteknologi Super AMOLED Display dengan resolusi 2260 x 816.

Telefon pintar berteknologi tinggi itu mempunyai tiga tetapan lensa iaitu 12 megapiksel (MP) untuk sudut ultra lebar, 12MP sudut lebar dan 12MP untuk sensor lensa telefoto.

Galaxy Z Fold2 bakal didatangkan dengan pilihan storan bermula 256GB hingga 512GB bersama keupayaan memori (RAM) 12GB.

Peranti berkenaan dilengkapi dengan pek dua bateri berkapasiti 4,500mAh dan turut menyokong pengecas pantas konvensional dan tanpa wayar.

Sesuai dengan kemajuan dunia teknologi, Galaxy Z Fold2 dilengkapi dengan cip jaringan 5G terbini dan menggunakan pemproses 64-bit Octe-Core.

Pada masa sama, Presiden Samsung Electronics TM Roh berkata, ia adalah satu inovasi penting buat Samsung untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna termasuk penawaran teknologi terkini.

"Kita akan memantau setiap komen serta maklum balas pengguna berhubung pelancaran Galaxy Z Fold2 ini kerana ia penting untuk pengalaman kepenggunaan yang lebih baik pada masa depan.

"Tambah baik ini termasuklah daripada aspek perkakas serta padanan spesifikasi yang digunakan termasuk pengalaman antara muka yang mesra pengguna," katanya.

Peranti berkenaan dilancarkan secara rasmi di Korea Selatan dan bakal berada di pasaran tempatan tidak lama lagi, namun Samsung masih berteka teki tentang tanda harga untuk telefon pintar premium berkenaan.

Spesifikasi Galaxy Z Fold2

Pemproses: 64-Bit Octa Core

RAM: 12GB

Storan: 256GB / 512GB

Kamera utama: 12MP + 12MP + 12MP

Jaringan: Cip 5G terbina

Disiarkan pada: September 1, 2020 @ 10:14pm
d