itmetro

Apple lancar sistem operasi iOS 14 secara rasmi

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Pengguna sistem operasi peranti mudah alih Apple iaitu iOS boleh memuat turun versi terbaharu, iOS 14 dan iPadOS14 bermula awal pagi tadi.

Kemas kini baharu berkenaan menawarkan sejumlah fungsi baru termasuk sokongan widget pada skrin pemuka utama, skrin panggilan bersaiz kecil dan memoji termasuk ciri keselamatan yang sudah dipertingkatkan.

Pengguna juga akan melihat perubahan drastik daripada aspek prestasi aplikasi termasuk pengenalan kepada beberapa aplikasi baharu.

Kemas kini itu boleh dimuat turun bagi semua pengguna peranti untuk semua variasi iPhone 11, peranti variasi iPhone X, iPhone 8 serta 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6S, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone SE 2020, iPod Touch bermula awal pagi tadi.

Saiz fail kemas kini itu kira-kira 2GB dan pengguna perlu memastikan mempunyai jumlah storan yang mencukupi sebelum melakukan kemas kini.

Disiarkan pada: September 17, 2020 @ 9:08am
d