itmetro

TUF Gaming RTX 3080 mula dijual di pasaran

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Asus hari ini mengumumkan pelancaran secara rasmi kad grafik Nvidia GeForce generasi kedua RTX iaitu siri 3000 menerusi barisan produk TUF Gaming RTX 3080.

Kad grafik berkenaan yang didatangkan dengan kapasiti memori video (VRAM) 10GB dengan rekaan GDDR6X dilengkapi dengan Nvidia GeForce RTX CUDA sebanyak 8,704 teras.

Perkakas berkenaan yang mempunyai kod produk TUF-RTX3080-10G-Gaming ditawarkan pada harga RM3,360 dan pengguna boleh mendapatkan kad grafik berkenaan di pasaran.

Kad berkeaan dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk untuk memastikan kad grafik berada pada tahap optimum walaupun mempunyai bebanan penuh (full load) terutamanya bagi tugasan kelas permainan atau sintesis animasi.

Ia turut dilengkapi dengan plat besi pelindung belakang untuk sistem penyejukan lebih optimum selain memberi elemen ketahanan kepada kad berkenaan.

TUF Gaming RTX 3080 ini didatangkan dengan pemuka sambungan PCIe 4.0 bersama-sama dengan dua sambungan HDMI versi 2.1 dan tiga sambungan DisplayPort versi 1.4a.

Spesifikasi TUF Gaming RTX 3080

Bilangan teras CUDA: 8,704

VRAM: 10GB

Sambungan pemuka: PCIe 4.0

Sambungan paparan: 2x HDMI, 3x DisplayPort

Disiarkan pada: September 17, 2020 @ 9:23pm
d