itmetro

AMD Ryzen dominasi pemproses berkuasa tinggi

Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Peneraju segmen pemproses, Advanced Micro Devices (AMD) sekali lagi membuktikan bahawa pemproses keluaran syarikat itu sangat berkuasa dan sesuai untuk semua jenis penugasan.

  Menawarkan pemproses bermula daripada 12 teras dan 16 teras membuktikan bahawa syarikat itu semakin serius dalam penghasilan pemproses berkuasa tinggi.

  Penerusi ujian perisian penanda aras, Cinebench R20 memperlihatkan bahawa lima pemproses teratas didominasi oleh Siri Ryzen.

  Untuk pemproses Ryzen 7 5800X menduduki tangga keenam dibelakang Intel Core i9-10900K dan Ryzen 9 5950X mencatatkan rekod mata tertinggi bagi pemarkahan pelbagai teras.

  Jika dibandingkan dengan pemproses Intel Core generasi 10700K, CPU AMD mempunyai kuasa 20 peratus lebih laju bagi lapan teras bersama 16 'Threads'.

  Paling menarik, Ryzen 5800X hanya mencatatkan tujuh peratus lebih perlahan daripada pemproses Intel generasi 10900K yang dilengkapi dengan jumlah teras lebih 25 peratus daripada siri AMD berkenaan.

  Penanda aras bagi ujian nyah mudah fail, AMD Ryzen menduduki tangga kelima manakala pemproses yang sepatutnya menawarkan kuasa prestasi lebih baik daripada Intel hanya tangga keenem menerusi Intel Core i9-10900K.

  Bacaan itu juga menunjukkan Ryzen 5800X mempunyai kuasa nyah mudah fail 24 peratus lebih laju darupada siri 3700X dan 22 peratus lebih baik daripada Intel generasi 10700K.

  Ujian terhadap perisian sintesis video, Adobe Premiere Pro 2020 juga turut didominasi oleh Ryzen dan untuk Ryzen 5800X mencatatkan jumlah pemarkahan di tangga keenam dengan 872 mata manakala peneraju ujian itu masih Ryzen 9 5950X.

  Perincian prestasi Ryzen 5800X adalah 14 peratus lebih baik berbanding Intel Core generasi 10700K dan hanya dua peratus lebih perlahan daripada Intel 10900K.

  Begitu juga dengan ujian Adobe After Effects apabila Ryzen 5800X menduduki tangga ketiga dengan 1,247 mata manakala Intel Core i9-10900K di tangga keempat dengan 1,112 mata.

  Secara keseluruhannya, siri pemproses AMD Ryzen khususnya bagi segmen 5800X mencatatkan ujian pemarkahan yang baik apabila mampu untuk menyaingi pemproses pencabar iaitu Intel Core i9 malah menawarkan prestasi lebih baik daripada pemproses Intel untuk beberapa ujian.

Disiarkan pada: November 21, 2020 @ 10:58pm
d