itmetro

Lebih 5 jam sehari di Indonesia

Oleh ETX Studio

PENGGUNAAN telefon pintar di Indonesia paling tinggi iaitu melebihi lima jam sehari.

Menurut laporan 'State of Mobile 2021' oleh App Annie, pengguna telefon pintar di Indonesia menghabiskan masa 5 jam 12 minit sehari secara purata manakala di Eropah, warga United Kingdom mendahului dengan penggunaan telefon bimbit lebih dari tiga jam sehari.

Secara keseluruhan, purata penggunaan telefon pintar meningkat 20 peratus tahun lalu iaitu 4 jam 12 minit sehari berbanding tahun sebelumnya.

Tempoh di negara membangun didapati lebih tinggi dan sering melebihi empat jam sehari.

Bagaimanapun, tahap penggunaan harian di Eropah dan Amerika Utara turun antara 2 jam 30 minit dan 3 jam 30 minit sehari.

Pandemik, sekatan dan perintah kawalan pergerakan di beberapa negara akibat Covid-19 memainkan peranan dalam peningkatan ini.

Berikut adalah senarai penggunaan 10 negara tertinggi (purata jam sehari bagi seorang pengguna).

Bagaimanapun, ia maklumat pengguna telefon pintar Adroid sahaja. Pada 2020, lebih 80 peratus telefon pintar yang dijual di seluruh dunia menggunakan sistem operasi Android.

1. Indonesia: 5 jam 12 minit

2. Brazil: 4 jam 48 minit

3. India: 4 jam 36 minit

4. Mexico: 4 jam 24 minit

4. Argentina: 4 jam 24 minit

4. Korea Selatan: 4 jam 24 minit

7. Turki: 4 jam

8. China: 3 jam 54 minit

9. Jepun: 3 jam 42 minit

10. Kanada: 3 jam 36 minit

Disiarkan pada: January 27, 2021 @ 5:12pm
d