itmetro

Dua judul permainan Apple Arcade terima kemas kini

Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Dua permainan paling popular dalam Apple Arcade iaitu Samurai Jack: Battle Through Time dan Slash Quest! menerima kemaskini terbaharu.

  Bagi kemaskini baharu untuk judul permainan Samurai Jack: Battle Through Time memperkenalkan dua mod baharu iaitu 'Aku's Wrath dan One Cut'.

  Menerusi mod One Cut, semua musuh dan Jack, dikalahkan selepas satu serangan.

  Mod berkenaan menampilkan keupayaan pemain bagi pertahanan dan mengelak adalah kaedah untuk berjaya.

  Aku's Wrath tersedia selepas menyelesaikan mod permainan klasik dan dalam mod ini, apabila Jack mati, ia adalah kekal, pemain mesti memulakan permainan pada peringkat awal.

  Bagi judul Slash Quest! pula, kemaskini akan memperkenalkan permainan dan aksesori mini baru ketika pemain menggunakan pedang bercakap di 'Faraway Land'.

  Pemain boleh bercakap dengan Bobby dan Tukang Kebun di perkhemahan untuk melihat apa cabaran yang mereka hadapi.

  Pada masa sama, judul permainan Butter Royale yang dinominasikan untuk anugerah 'Pocket Gamer 2021'.

Disiarkan pada: February 24, 2021 @ 2:50pm
d