itmetro

Digi lancar pelan pascabayar baharu

Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Penyedia rangkaian telekomunikasi terkemuka, Digi Telecommunications Sdn Bhd mengumumkan penambahbaikan dalam portfolio pelan Digi Postpaid.

  Ia bertujuan membantu lebih ramai rakyat negara ini untuk kembali bangkit daripada pandemik Covid-19.

  Menerusi pelan Digi Postpaid baharu ini, ia dilengkapi dengan pelan Internet yang dipermudahkan tanpa pembahagian kuota yang rumit di samping mengekalkan Internet berkelajuan tinggi tanpa had.

  Ia membolehkan pelanggan menggunakan Internet pada bila-bila masa yang mereka inginkan.

  Selain itu, pelanggan yang ingin menghubungkan seluruh ahli keluarga mereka kini mempunyai pilihan untuk mendaftar hingga enam talian keluarga tambahan dengan diskaun 50 peratus bagi setiap talian, bermula daripada serendah RM20 sebulan

  Bukan itu sahaja, untuk membantu lebih ramai rakyat negara ini mendapat lebih nilai, portfolio baharu ini memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih perkhidmatan tambahan percuma bagi memenuhi keperluan mereka seperti rebat di Google Play dan Apple App Store, kuota internet tambahan serta perkhidmatan jalur lebar mudah alih.

  Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan telefon pintar baharu pula, Digi Postpaid ini menurunkan komitmen pelan bulanan untuk pembiayaan telefon daripada RM90 kepada RM60 sebulan.

  Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, penambahbaikan tawaran dalam pelan Digi Postpaid ini hadir pada waktu yang tepat.

  "Sejak pertama kali menawarkan perkhidmatan pascabayar lebih daripada satu dekad yang lalu, kami sering bertanya bagaimana dan apa yang boleh dilakukan untuk membantu pelanggan kami kekal berhubung dengan pelbagai perkara penting.

  "Oleh itu, menerusi tiga juta rakyat Malaysia yang merupakan pelanggan Digi Postpaid, kami sentiasa mendapatkan maklum balas untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan portfolio baharu ini adalah bukti komitmen berterusan kami dalam memberikan kemudahan dan nilai hebat kepada pelanggan, sesuatu yang acapkali dikaitkan dengan Digi," katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2021 @ 9:49pm
d