itmetro

AMD kemaskini perisian dengan sokongan DirectX RayTracing 

Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Pengeluar cip pemproses serta unit pemproses grafik terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) melancarkan versi baharu perisian mereka.

Perisian Radeon Adrenalin versi 21.3.2 menambahbaik sistem pemproses grafik sedia ada serta menyokong ciri khusus DirectX Raytracing.

Pengalaman permainan untuk judul Evil Genius 2 dan The Outriders sekali gus optimasi permainan untuk ciri kesan grafik.

Kemas kini baharu itu juga akan memperlihatkan kesan maksimum untuk judul permainan keluaran Codemaster iaitu Dirt 5.

Judul permainan itu turut menerima kemas kini Microsoft DXR sekali gus menambah baik kualiti grafik sedia ada dengan padanan kad grafik siri RX terbaharu AMD.

Disiarkan pada: March 31, 2021 @ 12:33pm
d