itmetro

Google menghentikan format apk

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Google mengumumkan bahawa mereka bakal menggunakan format aplikasi baharu mereka pada Ogos depan sekali gus menggantik format sedia ada dalam bentuk 'apk'.

  Ia sekali gus memberi gambaran jelas bahawa format apk berkenaan akan terus dihentikan dan penggunaan 'Android App Bundles' (AAB) akan digunakan secara rasmi menerusi platform berkenaan.

  Langkah itu dibuat memandangkan AAB dikatakan menggabungkan sejumlah komponen serta saiz aplikasi akan menjadi lebih kecil berbanding format apk yang digunakan sebelum ini.

  Google sebenarnya sudah melancarkan AAB ini sejak 2018 lagi namun tidak digunakan sehingga Ogos depan sebaik seluruh pembangunannya selesai.

  Format baharu ini memberikan saiz fail lebih kecil sekitar 15 peratus dan ia memberi kemudahan kepada pengguna serta menjimatkan ruang storan peranti.

  Berdasarkan laporan satu portal teknologi, pembangun aplikasi tidak perlu untuk membina aplikasi mereka daripada awal demi memenuhi format berkenaan sebaliknya hanya melakukan sedikit perubahan dan mengeksport fail apk mereka.

  Google menyatakan bahawa kini sebanyak satu juta aplikasi sedang dinaiktaraf menggunakan format berkenaan.

Disiarkan pada: July 1, 2021 @ 11:53pm
d