mutakhir

Puas hati persiapan GST

Petaling Jaya: Parti pembangkang berpuas hati dengan persiapan kerajaan khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua berkata, walaupun pada dasarnya DAP tidak bersetuju dengan sistem percukaian baru, beliau berharap ia dapat dilaksanakan dengan lancar apabila dikuatkuasakan kelak.

"Apa yang ditunjukkan dari segi persiapan perisian, JKDM sudah bersedia hanya dari segi pelaksanaan saja harap dapat dibuat dengan lancar

"Sebagai Ahli Parlimen kami minta kastam perbaiki, apa yang perlu bila dilaksanakan kelak dan berharap tidak merumitkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada sidang media, di sini, semalam.

Setiausaha Publisiti DAP terbabit sebelum itu bersama Jawatankuasa PAC diketuai Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan GST di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Mereka turut diberi taklimat mengenai Sistem MyGST, melawat Pusat Data Kastam dan Pusat Pemprosesan GST di kompleks ITU.

Sehingga kini 88,471 syarikat mendaftar termasuk secara dalam talian atau manual.

DAP sebelum ini menentang pelaksanaan cukai itu kerana dikatakan membebankan rakyat selain melancarkan kempen anti-GST

Sementara itu Ahli Parlimen Tumpat dari PAS Datuk Kamarudin Jaffar berkata, sistem percukaian itu sudah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAC berkata, PAS sebagai pembangkang patuh kepada undang-undang negara dan pelaksanaan GST.

"Tetapi peranan khusus PAC ialah supaya perjalanan pengurusan kewangan dan pertanggungjawaban jelas, tiada ketirisan, kelemahan dan kebocoran dalam usaha memastikan pentadbiran kerajaan dijalankan dengan baik," kata beliau lagi.

Dalam pada itu Nur Jazlan berkata, pihaknya mencadangkan diwujudkan garis panduan jenis barangan yang dikenakan GST.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan peniaga dan syarikat terbabit mengetahui kesalahan yang mereka lakukan.

termasuk mendakwa mereka di mahkamah sekiranya menaikkan harga barangan.

"Kastam perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan peniaga yang menaikkan harga dapat didakwa di mahkamah," katanya.

Disiarkan pada: October 16, 2014 @ 5:31am
d