mutakhir

'Rezeki anak'

Kuala Lumpur: "Saya bersyukur atas tajaan dan penghargaan yang diberikan kepada saya. Apa pun saya harap janganlah ada pihak mempertikaikannya sebab ia mungkin sudah rezeki saya."

Demikian reaksi pelakon Rozita Che Wan mengenai pertikaian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempersoalkan penajaan sebuah hospital swasta untuk membiayai kos bersalinnya tidak lama lagi.

Rozita, 41, berkata, penajaan terbabit hanya merangkumi pembiayaan kos bersalin yang tidak mencecah ratusan ribu ringgit seperti disensasikan pihak tertentu.

"Saya minta maaflah jika ada yang tak senang dengan keputusan hospital itu menaja saya bersalin, tapi percayalah penajaan itu hanya meliputi kos bersalin saja.

"Jumlah pembiayaan itu pun tak besar mana dan bukannya mencecah ratusan ribu sampai boleh beli sebuah banglo. Jadi janganlah sensasikan perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kekecohan timbul semalam apabila sebuah NGO dilaporkan mempersoalkan relevan di sebalik keputusan hospital itu menaja kos bersalin golongan artis yang berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Difahamkan, jurucakap hospital berkenaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbaru ini pada minggu depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 18, 2014 @ 5:01am
d