mutakhir

Pelajar mangsa langgar lari maut

Butterworth: Seorang pelajar meninggal dunia selepas menjadi mangsa langgar lari apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa, Muhammad Adham Mohamad Asmadi, 18, dikatakan dalam perjalanan dari arah Jambatan Pulau Pinang menuju ke Sungai Dua sebelum motosikalnya dirempuh dari belakang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, siasatan awal di tempat kejadian hanya menemui mangsa dan motosikalnya yang remuk.

“Tiada kenderaan yang merempuh mangsa di situ kecuali mangsa dan motosikalnya.

“Kami percaya mangsa dirempuh sebuah kereta sebelum pemandunya melarikan diri. Mangsa dibantu pengguna jalan raya lain.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: October 19, 2014 @ 5:08am
d