mutakhir

Serangan 6 lelaki bertopeng

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat: Angkara cemburu bekas teman wanitanya sudah disunting, seorang lelaki mengajak enam rakannya menyerang tunang wanita itu di sebuah restoran di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, tiga remaja cedera diserang kumpulan lelaki berusia 20-an hingga 30-an terbabit yang bersenjatakan parang dan kayu.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berusia 22 hingga 23 tahun minum bersama enam lagi rakan sebelum tiba-tiba diserang enam lelaki berpakaian hitam dan bertopeng mulut.

Seorang daripada mangsa yang enggan dikenali berkata, dia cedera di tangan kanan akibat dilibas parang.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa apabila kumpulan terbabit menyerang. Mereka datang dengan dua kereta sebelum melarikan diri selepas menyerang kami.

“Saya tidak mengenali lelaki yang menyerang tetapi tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada rasa cemburu terhadap seorang rakan perempuan yang baru bertunang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, seorang perempuan berusia 21 tahun yang turut ada di situ mengatakan dia mengecam seorang suspek.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 19, 2014 @ 5:10am
d