mutakhir

'Disalah tafsir'

Kuala Lumpur: “Saya ingin jelaskan saya tidak bersetuju dengan aksi peluk dan cium anjing dilakukan pada program ‘I Want To Touch A Dog’ oleh peserta,” tegas Mohd Iqbal Parjin, pendakwah bebas dijemput penganjur program kontroversi itu kelmarin.

Beliau menjelaskan sudah menerangkan kepada semua agama Islam tidak membenarkan menyentuh anjing tanpa sebab perlu.

Beliau juga mengakui terlepas pandang program itu yang disalah tafsir, malah diambil kesempatan oleh setengah pihak.

“Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya. Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafie,” katanya.

Disiarkan pada: October 21, 2014 @ 5:09am
d