mutakhir

Bacaan tahlil peringati kru pesawat MH17, MH370

Kuala Lumpur: Surau Al-Hijrah Kota Warisan di Sepang bekerjasama dengan Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mengadakan bacaan tahlil sempena sambutan Maal Hijrah untuk memperingati kru pesawat MH17 dan MH370 yang beragama Islam.

Majlis ringkas yang diadakan kelmarin itu dihadiri lebih 300 orang termasuk 50 waris kepada 15 kru pesawat.

Setiausaha surau berkenaan Zairul Al Adib berkata, pihaknya cuma menyediakan tempat selepas permohonan dibuat oleh NUFAM beberapa hari sebelum itu.

Disiarkan pada: October 26, 2014 @ 5:05am
d